Interested to know more about Herbalife?Kindly complete the form..Thank you.

Thursday, 7 March 2013

Beli Herbalife Dengan Harga Murah

Assalamualaikum.

If we see this sign.. mesti kita, especially the ladies akan melompat!

Yes, we will normally be attracted to this kind of advertisement. Why? Because life is challenging, and money is one of the important things in life. So people would to go for something cheaper most of the time.

You must be thinking that I am giving discounts on Herbalife products. Actually you are right and wrong at the same time! haha.

Herbalife Marketing Plan in Brief

Herbalife actually provides interesting marketing plan for all the consumers and distributors. It has never changed since it's inception which is 32 years ago! A good plan will remain stable and relevant for a long time. In its plan, you can be entitled for 25%, 35%, 42% and 50% discount. To be entitled for 25%, you just need to register as Distributor at RM98 only! One will normally register for distributorship once they are confident with Herbalife products or even their coach. Siapa kata nak invest in Herbalife mahal?!!

Now, to be entitled for 35%, you need to collect some volumes (500 volume point @ 500vp) in a month. If you think it's too much, jom tengok ilustrasi ini.


You can basically have a stock for at least 4 months if you add Aloe Vera. Without aloe vera, you will have 5 sets!

Why do you need to have a good Herbalife stock?
  1. For consistency - kalau produk habis, it'd be easier to open your cabinet and get a new one rather than emailing or smsing your coach, bank in money, wait for it to arrive / pick it up, right? So tiada alasan tak continue makan sebab produk habis.
  2. For efficiency - kalau produk dah dekat-dekat nak habis, you won't be 'cheating' on the number of scoop you take. So akan lebih efektif kalau makan dengan betul.
  3. Good motivation - tengok stok banyak, mesti rasa semangat nak berdisiplin makan betul-betul.
  4. Share with others - good stuff are good to be shared with others - family members, friends, etc.
  5. Source of income - when you already have results of your own, people will be asking you HOW. That's when you can start making money. You can sell your product to them! If you sell 1 set of SNP at retail price, you can earn RM167!
Even if you don't intend to make Herbalife a business, you can also benefit points 1 to 4. Besides, you save more than RM1000 as illustrated above!!

Oh yes, this 35% discount entitlement is valid for a life time. :)

So, grab this opportunity now! Why now? 
  1. Because Herbalife just officially announced the increase of Herbalife price by 2.5% by 27 March 2013.
  2. You will also be getting the New Shaker or 2L or 1L Bottle for freee if you make 500vp for 35% this month March. Your choice!
 If you feel that's great, you have seen nothing yet. Herbalife also give 42% and 50% discount which gives even more benefits. If you are interested to know how to get 42% and 50% discount, contact me now at 012-2373829.

Monday, 28 January 2013

Apa Itu Kalori?

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 4 = 212 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 280 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia? Sila Rujuk artikel "Panduan Mengira Makanan”

Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).


Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia?
Kategori: Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori


Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori


Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Basal Metabolic Rate (BMR ).Apa kiatan dengan kalori?

Apabila kita mula menimbang dan mendapatkan analisis badan, pasti antara salah satu keputusan yang bakal diperolehi ialah BMR badan kita. Namun, tahukah kita apakah dia BMR itu sebenarnya?

BMR merupakan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan kita semasa badan dalam keadaan berehat ataupun semasa tidur. Selain itu, BMR juga bermaksud kadar kalori paling minimum yang diperlukan bagi memastikan setiap otot atau organ badan berfungsi.  Ini menunjukkan bahawa sungguhpun badan sedang bersenang-lenang tidur atau berehat, tenaga masih lagi diperlukan dan diguna pakai. Namun, kadar BMR ini adalah berbeza-beza antara seseorang individu dengan yang lain bergantung kepada faktor umur, jantina, pekerjaan dan sebagainya.

Akan tetapi, apabila umur kita semakin meningkat, kadar BMR juga bakal menurun. Ini adalah kerana lean body mass adalah kurang- yang mana menyebabkan penurunan kadar BMR. Jika badan kita mempunyai lean body mass yang tinggi, maka kadar BMR juga adalah berkadar langsung.

Jadi, apa pula kaitannya BMR dengan pengurusan berat badan?

Jika BMR kita ialah 1400kcal, maka haruslah kita awasi apakah makanan yang masuk ke dalam badan kita; samada lebih tinggi kandungan kalorinya ataupun rendah. Kawalan kalori ini adalah penting kerana lebihan kalori yang masuk berbanding yang keluar akan menyebabkan bertambahnya lemak dalam badan!

Sebagai contoh; BMR saya ialah 1400kcal dan saya juga tidak mengamalkan aktiviti luar mahupun senaman ringan. Setiap hari, saya makan sebanyak 3 kali makanan berat dan beberapa kali makanan ringan seperti kuih apabila perut terasa lapar. Kesannya, kalori yang masuk adalah hampir 2000kcal! Lebihan 600kcal inilah yang bakal membuatkan saya gemuk dan menyesal di kemudian hari!
Kadar BMR bagi perempuan kebiasaanya ialah 1600-1800kcal manakala bagi lelaki ialah 1800-2000kcal. Oleh itu, sekiranya BMR kita agak rendah; pemakanan dan diet adalah penting untuk meningkatkan metabolisme badan. Pembinaan lean body mass menerusi pemakanan sedikit sebanyak boleh membantu selain mengamalkan senaman dan aktiviti luar.

Sumber: http://www.herbalifemalaysia2u.com

Thursday, 17 January 2013

Mari kenali botol-botol Herbalife.

Herbalife tidak lengkap dengan produk-produknya yang menarik dah useful. Yang paling orang suka, selain buttonnya adalah botol-botol Herbalife! Jom tengok jenis-jenis botol yang ada, sinca ramai yang still keliru..


Ini botol air 2 liter. Ada warna hijau sahaja. Sangat senang untuk memenuhkan quota minum air sehari sebab tak perlu ulang alik ke pantry top up air.




Ini adalah botol air 1 Liter. Lebih handy untuk dibawa ke mana-mana. Currently ada warna merah sahaja.



Ini pula shaker bottle. Terdapat gelung di dalamnya untuk membantu melarutkan shake. Sangat mudah untuk menikmati shake yang sedap dan sihat ini di mana sahaja.



Shaker Cup pun boleh digunakan untuk melarutkan shake, tetapi tidak berapa berkesan. Boleh juga digunakan untuk mengisi air tea mix, aloe vera atau air masak.




 Latest bottle adalah shaker bottle yang baru ni. Terdapat dalam 5 warna menarik, compartment serbaguna yang boleh diskru masuk di bawah main bottle, dan juga bahagian tambahan untuk meletakkan serbuk teamix dan pils anda.


Pada sesiapa yang berminat untuk memiliki botol-botol yang menarik ni, sila hubungi saya di 012 2373829 atau email ke alamat azira.afzan@gmail.com

Monday, 14 January 2013

Perisa Shake Herbalife (Formula 1)

Seperti yang pernah saya post di entri sebelum ini, Formula 1 adalah produk yang paling basic dalam Herbalife. Saya pun memulakan Herbalife dengan sebotol F1 sahaja kerana target saya adalah untuk nutrisi anak yang disusukan. Alhamdulillah anak bertambah sihat dan saya mula addicted dengan F1 ni sebab sangat sedap dan mudah disediakan. Anda boleh berkreatif dalam menyediakan shake anda. Boleh dicampurkan / di'blend' dengan buah, susu rendah lemak, soya, ice, kurma dan sebagainya untuk menjadikan hidangannya lebih menarik. Tetapi perlu diambil kira kalori yang ditambah dengan pertambahan bahan di dalamnya. InsyaAllah akan saya kongsikan beberapa resepi shake sedap di entri yang lain.

Ramai juga bertanya apakah rasa setiap perisa F1 Herbalife ni? Seperti yang kita tahu, di Malaysia hanya terdapat lima jenis perisa sahaja iaitu Chocolate, Cappucino, Vanilla, Strawberry dan Tropical Fruits. Ini adalah pandangan saya terhadap setiap perisa F1 ni, mungkin berbeza dengan anda, tapi bolehla dijadikan rujukan kalau tiada idea nak pilih yang mana satu.

1) Dutch Chocolate
Rasanya betul-betul seperti coklat yang pekat (maybe dark chocolate), lebih kurang rasa Vico. Perisa ini tidak sama seperti Milo, kerana tidak mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti minuman itu. Chocolate sedap kalau diambil sendirian, lebih sedap dengan Formula 3 (rasanya akan menjadi seperti sedikit berlemak).  Kurang gemar kalau minum Chocolate sahaja, paling best kalau dicampur dengan strawberry. 2nd best adalah dicampur dengan Cappucino, rasa cam Mocha sikit.

2) Cappucino
Cappucino rasanya agak pahit, sesuai dengan namanya iaitu kopi. Bagi penngemar kopi, ini mungkin pilihan terbaik buat anda. Rasa pahit kopi dapat dikurangkan sedikit dengan Formula 3 dan juga F1 perisa Vanilla. Ni favourite my mom.

3) Strawberry
Rasanya taklah seperti susu strawberry tu, tapi kalau dicampur dengan F3 dan soya atau susu, mungkin hampir sama. Saya tak gemar ambil strawberry ni sahaja, always mixed dengan chocolate. Mungkin kerana rasanya yang agak 'plain'. Strawberry ni mungkin 'pencampur' yang terbaik. To me, campur dengan chocolate dan cappucino memang sedap!

4) Vanilla
Perisa ni pun agak plain rasanya. Tapi ramai juga yang sukakannya. Juga compliment yang menarik seperti strawberry. Menaikkan rasa lemak shake anda. Kalau kena dengan bancuhan, rasanya seperti milk shake yang enak.

5) Tropical Fruit
Ni perisa terakhir yang saya cuba. Mula-mula minum memang ada rasa nak termun***. Tapi bila dah cuba 3 4 kali, sedap juga. Bau buah pisang agak kuat. Bagi penggemar buah-buahan tempatan, ini mungkin pilihan anda. But not really my taste. Suka bancuh dengan cappucino yang agak pahit tu untuk meneutralise rasa manis buah.

Menarik kan Herbalife? Menyediakan perbagai perisa yang kena dengan citarasa orang asia. Ada macam-macam perisa pula tu. Tak suka yang ini, boleh cuba yang itu. Boleh campur-campur lagi! Siapa kata benda yang baik tu harus tak sedap / pahit?!


To me yang paling penting adalah bancuh shake ni, bancuhan perlulah larut. Kalau tak larut, pertamanya membazir F1 tu, keduanya kurang sedap la obviously. Jadi, kalau di rumah, kalau nak senang, masukkan sahaja dalam blender, ais pun boleh hancur. Kalau di ofis, boleh la guna shaker bottle herbalife. Really not bad, boleh hancur juga. Lemak di tangan pun boleh hancur sebab jenuh menggoncang. Hehe.. Kalau ade mixer or mini blender boleh je bawa ke ofis.

Kepada anda yang masih sangsi dengan kehebatan Herbalife, atau kewangan masih tidak mengizinkan anda memiliki rangkaian set Herbalife, boleh juga memulakan dengan F1 sahaja. My sister and her husband boleh turun 3-4kg dengan mengambil F1 sahaja. Apa pun, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Jika ingin memulakan diet sihat anda dengan nutrisi lengkap Herbalife, sila hubungi Azira di 012-2373829.





Monday, 7 January 2013

Take care of your body. It's the only place you have to live

Alhamdulillah.. kita masih bernyawa sehari lagi untuk menjalani kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi. Bersyukur diberi segala nikmat untuk kita.

1) Udara yang segar untuk bernafas
2) Air yang bersih untuk minum dan bersuci
3) Rezeki untuk sesuap nasi
4) Keluarga dan sahabat untuk sumber kekuatan dan sokongan
5) Badan yang sihat untuk menjalani tugasan sebagai khalifah Allah

Sebanarnya semua di atas bersangkut paut. Hasilnya adalah yang terakhir tu, walaupun banyak lagi faktor lain. My point is, badan kita adalah 'amanah' yang Allah berikan untuk kita pelihara setelah nikmat-nikmat yang awal itu diberikan.

Astaghfirullah, diri sendiri pun selalu lalai dalam menjaga amanah tersebut.

But it's never too late. Selagi kita masih hidup dan MAHU berubah, kita masih ada peluang untuk melakukannya.

Persoalannya, mahu atau tidak?

Mungkin anda MAHU TAPI...

1) tak bersedia lagi..
2) takde budget lagi..
3) tunggu bulan depan la..
4) tak boleh nak disiplin makan
5) malas nak kisah

Selagi kita hidup dengan alasan-alasan ini, selagi itu tiada apa yang akan berubah. Kalau bukan kita yang bertindak sekarang, siapa lagi? Badan kita ada HAK mendapat nutrisi yang ia perlukan. Tubuh kita berhak sihat dan tidak terbeban dengan lemak berlebihan yang akhirnya mengundang perbagai jenis penyakit. Organ dalam badan kita berhak menjalankan 'amanahnya' dengan lancar.

Fikirkan apa akan jadi jika kita berasa selesa sekarang dan tidak berbuat apa-apa sehingga beberapa hari, bulan, tahun? Dengan apa lagi jenis fast food di luar sana yang akan muncul. Berapa banyak lagi lemak dalam badan yang kita akan hasilkan?

Jadi, bertindaklah sekarang!! Let's love our body for our own self, family members and all around us. Inspire them to be healthy like we are, insyaAllah.

 

Contact me now if you need guidance in getting your ideal weight at azira.afzan@gmail.com or 012 2373829.

Saturday, 5 January 2013

Banyaknya Air Perlu Diminum?!

From my conversations with my customers about the need to drink a lot of water, many are sceptical and reluctant. Some of the remarks are:



1) Kalau minum banyak air, nanti tak buncit ke perut?
2) Malas la nak minum banyak, nanti kerap ke bilik air (buang air kecil)
3) Nanti bukan kurus sebab Herbalife, sebab penat ke bilik air je
4) 3 liter air nak kene minum? banyak tuuu!
5) Lagi la kita gain weight kalau selalu minum air.

Ni antara yang saya ingat, rasanya macam-macam lagi fitnah terhadap air. Kesian air... hihi.

Kebanyakan mereka rata-ratanya adalah orang yang jarang minum air masak selama ini. Apa yang mereka minum sepanjang hari sebelum ini adalah air manis. Tidak kiralah selepas makan tenghari, minum petang dan makan malam.

Kesedaran tentang pentingnya minum air masak belum lagi meluas dikalangan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu. Mitos-mitos gemuk air, atau lemak air sering bermain dalam kepala mereka. Sedangkan, jika dilihat dari sudut sainstifik, gemuk air atau lemak air adalah sesuatu yang tidak betul.

Kenapa perlu minum air banyak?


MEMBERI TENAGA
Menurut sebuah kajian, air diperlukan dalam badan bagi memisahkan kumpulan fosfat dari adenosina trifosfat (ATP) atau guanosine triphosphate (GTP) untuk mendapatkan tenaga. Bagi anda yang mengambil bidang sains mungkin formula dibawah dapat membantu:

ATP +H2O = Energy + ADP + Inorganic Phosphate
GTP +H2O = Energy + GDP + Inorganic Phosphate


MEMBUANG TOKSIN
Selain dari itu, air juga sangat penting bagi membuang toksin dalam badan. Tubuh badan kita terdapat 4 komponen penting yang bertugas membuang toksin iaitu:

Usus
Air kencing
Peluh
Pemproses toksin oleh hati.

Untuk meningkatkan lagi keberkesanan membuang toksin, kita akan menyarankan untuk minum HERBA ALOEVERA setiap kali pada waktu pagi dan malam. HERBA ALOEVERA ini dapat meningkatkan pencernaan dalam badan dan seterusnya membersihkan usus dan perut kita.



MENURUNKAN BERAT BADAN
Minum air yang banyak membantu kita untuk menurunkan berat badan dengan memecahkan lemak. Minum air yang banyak juga dapat mengurangkan rasa lapar dan sangat bagus untuk mengawal selera makan.

Otak kita tidak dapat bezakan antara lapar dengan haus. Itu sebab, kadangkala bila kita kekurangan air, kita akan berasa lapar, dan bila kita berasa lapar kita sangat memerlukan air. Dalam kata lain, bila kita lapar, badan kita akan memberitahu otak yang kita sedang haus!

Dalam kebanyakan makanan mengandungi air. Tetapi jika kita tidak minum cukup air, automotik kita akan makan dengan banyak, dan dalam masa yang sama kita akan meningkatkan kadar kalori dan menambah berat!

Jadi, dengan minum air yang banyak ia akan membuatkan kita kenyang. Air mengenyangkan tetapi kosong kalori. Minum air dengan banyak adalah salah satu cara untuk kita turunkan berat.

Bila kita kenyang dengan air, kita akan kurang makan, dan akan kurang lapar. Kita perlu biasakan diri untuk menggantikan air manis kepada air masak.

Dalam Herbalife, minum air dengan banyak adalah salah satu program diet. Setiap orang perlu minum air masak yang ditambah dengan teh Herbalife. TEH HERBALIFE mengandungi cardemon dan hibiscus yang membuatkan tubuh badan kita lebih bertenaga dan mengurangkan rasa lapar.

Tea Mix HERBALIFE, boleh menolong untuk melindungi badan kita daripada radikal bebas, dan ia juga amat berkesan membantu kita melangsingkan badan. Ia membekalkan polyphenols dengan agen pembersihan dan lain-lain manfaat yang menyihatkan di samping khasiat yang merangsangkan.
 
Banyak lagi manfaat air ni.. Antara lain adalah seperti dalam gambar ni:
 
Oleh sebab itu, bagi mereka yang mengambil PRODUK HERBALIFE sebagai pengganti makanan dan untuk menurunkan berat badan, perlu minum air sekurang-kurangnya 4 liter.  Sangat rugilah mereka yang menggunakan produk Herbalife tapi tidak minum air yang secukupnya. Kami sebagai jurulatih kesihatan anda akan membantu mengawal dan memotivasikan anda untuk berjaya dalam program turun berat, atau menaikkan berat badan.
 
Hubungi kami sekarang  di 012 2373829 sekiranya anda sudah bersedia untuk memulakan gaya hidup sihat dengan Herbalife!

Tuesday, 1 January 2013

Welcome 2013!

Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk melangkah ke tahun yang baru, 2013. Bulan Ogos tahun ini akan berlaku satu perubahan yang besar pada umur saya iaitu ke '3 series', i.e. 30 tahun.

Ramai orang berbicara tentang azam bila melangkah ke tahun baru. Secara jujurnya, saya tak pernah menulis apatah lagi memonitor azam saya. Tapi sejak terjebak di dalam Herbalife, saya sudah mula ada azam yang kuat. Tidak bermakna saya tak pernah ada cita-cita. Alhamdulillah saya sudah mencapai hasrat saya seperti di bawah (not comprehensive):

  1. Untuk memasuki sekolah berasrama penuh (ni azam zaman sekolah rendah, memang nangis-nangis nak masuk SBP tau). Alhamdulillah, berkat usaha abah tersayang naik turun jabatan pendidikan dapat jugak masuk Soksek as 2nd batch. Memang sangat tercabar sebab confirm2 org yang 1st batch sangat pandai. Pulun giler2 alhamdulillah keputusan SPM memuaskan.
  2. Nak gi overseas. Alhamdulillah sebab keputusan SPM ok, ditawarkan biasiswa ke USA untuk buat ijazah kejuruteraan elektrik. Sekarang jangan tanya buat ape :p
  3. Nak kerja dengan Petronas. Alhamdulillah dapat jugak.. sangat menyenangi kerja yang diamanahkan buat masa ini walaupun tak kene langsung dgn kelulusan.
  4. Nak ada family. Setahun kerja selamat bergelar isteri dan setahun lepas tu selamat bergelar ibu. Sekarang dah 2 anak. Alhamdulillah.
  5. Hujung tahun lepas hati terbakar-bakar nak serious buat Herbalife. Serious terbakar. Tak tahu lah sebab apa. Tapi memang banyak la sebab. Hehe.. nanti kita citer di entry yang lain ok.
  6. Tahun ni..? Rahsia. Haha.. (sabar je la kan.. penat je kan korang baca). InsyaAllah akan dishare di hujung tahun kalau meet, boleh camtu? Oklah share satu yang relevant, of course la nak diberi kesihatan yang optimum supaya dapat memberi yang terbaik untuk keluarga, company, agama dan negara.

Bukan gambar sebenar, walaupun bilangan  anak dan suami sudah menepati.

Of course nak lebih cantik and lose more weight sampai dapat berat badan ideal!!  InsyaAllah... yang ni pun kene kerja keras, ingat nak dapat duit je ke kene kerje keras? So kenalah terus setia dengan Herbalife, insyaAllah :)

What about yours?
 
The 2013 clock has started ticking...

 
 Jika anda berazam untuk mendapat berat badan ideal anda, sila hubungi saya sekarang!