Interested to know more about Herbalife?Kindly complete the form..Thank you.

Showing posts with label Azam. Show all posts
Showing posts with label Azam. Show all posts

Monday, 7 January 2013

Take care of your body. It's the only place you have to live

Alhamdulillah.. kita masih bernyawa sehari lagi untuk menjalani kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi. Bersyukur diberi segala nikmat untuk kita.

1) Udara yang segar untuk bernafas
2) Air yang bersih untuk minum dan bersuci
3) Rezeki untuk sesuap nasi
4) Keluarga dan sahabat untuk sumber kekuatan dan sokongan
5) Badan yang sihat untuk menjalani tugasan sebagai khalifah Allah

Sebanarnya semua di atas bersangkut paut. Hasilnya adalah yang terakhir tu, walaupun banyak lagi faktor lain. My point is, badan kita adalah 'amanah' yang Allah berikan untuk kita pelihara setelah nikmat-nikmat yang awal itu diberikan.

Astaghfirullah, diri sendiri pun selalu lalai dalam menjaga amanah tersebut.

But it's never too late. Selagi kita masih hidup dan MAHU berubah, kita masih ada peluang untuk melakukannya.

Persoalannya, mahu atau tidak?

Mungkin anda MAHU TAPI...

1) tak bersedia lagi..
2) takde budget lagi..
3) tunggu bulan depan la..
4) tak boleh nak disiplin makan
5) malas nak kisah

Selagi kita hidup dengan alasan-alasan ini, selagi itu tiada apa yang akan berubah. Kalau bukan kita yang bertindak sekarang, siapa lagi? Badan kita ada HAK mendapat nutrisi yang ia perlukan. Tubuh kita berhak sihat dan tidak terbeban dengan lemak berlebihan yang akhirnya mengundang perbagai jenis penyakit. Organ dalam badan kita berhak menjalankan 'amanahnya' dengan lancar.

Fikirkan apa akan jadi jika kita berasa selesa sekarang dan tidak berbuat apa-apa sehingga beberapa hari, bulan, tahun? Dengan apa lagi jenis fast food di luar sana yang akan muncul. Berapa banyak lagi lemak dalam badan yang kita akan hasilkan?

Jadi, bertindaklah sekarang!! Let's love our body for our own self, family members and all around us. Inspire them to be healthy like we are, insyaAllah.

 

Contact me now if you need guidance in getting your ideal weight at azira.afzan@gmail.com or 012 2373829.

Tuesday, 1 January 2013

Welcome 2013!

Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk melangkah ke tahun yang baru, 2013. Bulan Ogos tahun ini akan berlaku satu perubahan yang besar pada umur saya iaitu ke '3 series', i.e. 30 tahun.

Ramai orang berbicara tentang azam bila melangkah ke tahun baru. Secara jujurnya, saya tak pernah menulis apatah lagi memonitor azam saya. Tapi sejak terjebak di dalam Herbalife, saya sudah mula ada azam yang kuat. Tidak bermakna saya tak pernah ada cita-cita. Alhamdulillah saya sudah mencapai hasrat saya seperti di bawah (not comprehensive):

  1. Untuk memasuki sekolah berasrama penuh (ni azam zaman sekolah rendah, memang nangis-nangis nak masuk SBP tau). Alhamdulillah, berkat usaha abah tersayang naik turun jabatan pendidikan dapat jugak masuk Soksek as 2nd batch. Memang sangat tercabar sebab confirm2 org yang 1st batch sangat pandai. Pulun giler2 alhamdulillah keputusan SPM memuaskan.
  2. Nak gi overseas. Alhamdulillah sebab keputusan SPM ok, ditawarkan biasiswa ke USA untuk buat ijazah kejuruteraan elektrik. Sekarang jangan tanya buat ape :p
  3. Nak kerja dengan Petronas. Alhamdulillah dapat jugak.. sangat menyenangi kerja yang diamanahkan buat masa ini walaupun tak kene langsung dgn kelulusan.
  4. Nak ada family. Setahun kerja selamat bergelar isteri dan setahun lepas tu selamat bergelar ibu. Sekarang dah 2 anak. Alhamdulillah.
  5. Hujung tahun lepas hati terbakar-bakar nak serious buat Herbalife. Serious terbakar. Tak tahu lah sebab apa. Tapi memang banyak la sebab. Hehe.. nanti kita citer di entry yang lain ok.
  6. Tahun ni..? Rahsia. Haha.. (sabar je la kan.. penat je kan korang baca). InsyaAllah akan dishare di hujung tahun kalau meet, boleh camtu? Oklah share satu yang relevant, of course la nak diberi kesihatan yang optimum supaya dapat memberi yang terbaik untuk keluarga, company, agama dan negara.

Bukan gambar sebenar, walaupun bilangan  anak dan suami sudah menepati.

Of course nak lebih cantik and lose more weight sampai dapat berat badan ideal!!  InsyaAllah... yang ni pun kene kerja keras, ingat nak dapat duit je ke kene kerje keras? So kenalah terus setia dengan Herbalife, insyaAllah :)

What about yours?
 
The 2013 clock has started ticking...

 
 Jika anda berazam untuk mendapat berat badan ideal anda, sila hubungi saya sekarang!