From my conversations with my customers about the need to drink a lot of water, many are sceptical and reluctant. Some of the remarks are:
1) Kalau minum banyak air, nanti tak buncit ke perut?
2) Malas la nak minum banyak, nanti kerap ke bilik air (buang air kecil)
3) Nanti bukan kurus sebab Herbalife, sebab penat ke bilik air je
4) 3 liter air nak kene minum? banyak tuuu!
5) Lagi la kita gain weight kalau selalu minum air.
Ni antara yang saya ingat, rasanya macam-macam lagi fitnah terhadap air. Kesian air... hihi.
Kebanyakan mereka rata-ratanya adalah orang yang jarang minum air masak selama
ini. Apa yang mereka minum sepanjang hari sebelum ini adalah air manis. Tidak
kiralah selepas makan tenghari, minum petang dan makan
malam.
Kesedaran
tentang pentingnya minum air masak belum lagi meluas dikalangan rakyat Malaysia,
khususnya orang Melayu. Mitos-mitos gemuk air, atau lemak air sering bermain
dalam kepala mereka. Sedangkan, jika dilihat dari sudut sainstifik, gemuk air
atau lemak air adalah sesuatu yang tidak betul.
Kenapa
perlu minum air banyak?
MEMBERI
TENAGA
Menurut
sebuah kajian, air diperlukan dalam badan bagi memisahkan kumpulan fosfat dari
adenosina trifosfat (ATP) atau guanosine triphosphate (GTP) untuk mendapatkan
tenaga. Bagi anda yang mengambil bidang sains mungkin formula dibawah dapat
membantu:
ATP
+H2O = Energy + ADP + Inorganic Phosphate
GTP
+H2O = Energy + GDP + Inorganic Phosphate
MEMBUANG
TOKSIN
Selain
dari itu, air juga sangat penting bagi membuang toksin dalam badan. Tubuh badan kita terdapat 4
komponen penting yang bertugas membuang toksin iaitu:
Usus
Air
kencing
Peluh
Pemproses
toksin oleh hati.
Untuk
meningkatkan lagi keberkesanan membuang toksin, kita akan menyarankan untuk
minum HERBA ALOEVERA setiap kali pada waktu pagi dan malam. HERBA ALOEVERA ini
dapat meningkatkan pencernaan dalam badan dan seterusnya membersihkan usus dan
perut kita.
MENURUNKAN
BERAT BADAN
Minum
air yang banyak membantu kita untuk menurunkan berat badan dengan memecahkan
lemak. Minum air yang banyak juga dapat mengurangkan rasa lapar dan sangat bagus
untuk mengawal selera makan.
Otak
kita tidak dapat bezakan antara lapar dengan haus. Itu sebab, kadangkala bila
kita kekurangan air, kita akan berasa lapar, dan bila kita berasa lapar kita
sangat memerlukan air. Dalam kata lain, bila kita lapar, badan kita akan
memberitahu otak yang kita sedang haus!
Dalam
kebanyakan makanan mengandungi air. Tetapi jika kita tidak minum cukup air,
automotik kita akan makan dengan banyak, dan dalam masa yang sama kita akan
meningkatkan kadar kalori dan menambah berat!
Jadi,
dengan minum air yang banyak ia akan membuatkan kita kenyang. Air mengenyangkan
tetapi kosong kalori. Minum air dengan banyak adalah salah satu cara untuk kita
turunkan berat.
Bila
kita kenyang dengan air, kita akan kurang makan, dan akan kurang lapar. Kita
perlu biasakan diri untuk menggantikan air manis kepada air
masak.
Dalam
Herbalife, minum air dengan banyak adalah salah satu program diet. Setiap orang
perlu minum air masak yang ditambah dengan teh Herbalife. TEH HERBALIFE
mengandungi cardemon dan hibiscus yang membuatkan tubuh badan kita lebih
bertenaga dan mengurangkan rasa lapar.
Tea
Mix HERBALIFE, boleh menolong untuk melindungi badan kita daripada radikal
bebas, dan ia juga amat berkesan membantu kita melangsingkan badan. Ia
membekalkan polyphenols dengan agen pembersihan dan lain-lain manfaat yang
menyihatkan di samping khasiat yang merangsangkan.
Banyak lagi manfaat air ni.. Antara lain adalah seperti dalam gambar ni:
No comments:
Post a Comment